my Locker

PIBG SK Desa Baiduri melalui Mesyuarat Agong telah bersetuju untuk menyediakan loker untuk pelajar. Untuk itu, beberapa perkara perlu diberi perhatian sekiranya tuan/puan berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk anak-anak Tuan/Puan.

1. Sewaan adalah sebanyak RM10 sebulan. 

2. Loker disewakan dari April 2013 sehingga Oktober 2013. Jadi jumlah sewanya ialah RM70. 

3. Kunci akan diberi kepada murid dan dipulangkan pada bulan Oktober nanti. 

4. Ibu bapa digalakkan membuat satu atau dua kali bayaran.