my SMS

Apa itu My SMS?
Satu sistem penyampaian pantas, menggunakan 'Short Message Service (SMS)'.

Hantar mesej kepada siapa?
Pihak sekolah hantar mesej kepada ibu bapa yang melanggan perkhidmatan ini sahaja.

Mesej apa yang dihantar?
Maklumat terkini berkaitan aktiviti sekolah.

Apa kebaikannya?
Maklumat sampai dengan lebih pantas dan tepat kepada ibu bapa jika dibandingkan menggunakan surat siaran sekolah.

Bagaimana nak mendaftar?
Guru kelas akan mengutip wang  daripada  anak Tuan/Puan bersama nombor telefon bimbit.

Berapa kos langganan?
RM10 setahun untuk satu nombor. Sekiranya ibu dan bapa ingin melanggan untuk nombor masing-masing,  bayarannya ialah RM20 setahun.

Bila boleh mula mendaftar?
Hari ini